Book Excess terletak di tingkat 4 di dalam bangunan AmCorp Mall, Petaling Jaya.
 
I couldn’t really remember when the last time I set foot at Book Excess was. Seems like forever kot.

Khamis lepas akhirnya ada rezeki nak kembali ke Book Excess. Dah berwajah baru rupanya kedai buku nih. Lagi cozy untuk kita membelek buku-buku yang ada di sini.

Den renew membership kat sini. Free renewal. Dulu kena bayar skit rasanya.

Book Excess nih sangat besar ye walaupun tidak sebesar Kinokuniya. Book Excess nih ambil ruang perniagaan dalam 3 kedai untuk menempatkan semua buku-buku yang ada.

Dekat Book Excess nih kita boleh beli pelbagai buku baru (selected tittles) daripada pelbagai genre (fiction, non-fiction, travelling, children, biographies, reference, comics, history, hobbies, etc) dengan harga in sya Allah mampu milik. 

Harga yang biasa bagi novel fiction adalah RM 17.90. Separuh harga daripada harga buku kalau kita beli di kedai buku lain macam MPH atau Kinokuniya atau Popular di mana biasanya akan berharga RM 35.90. 

Novel yang terdahulu macam DaVincci Code oleh Dan Brown, The Firm oleh John Grisham, Five People You Meet In Heaven oleh Mitch Albon, etc boleh dijumpai di sini.

Buku klasik macam Sense and Sensibility oleh Jane Austin pun ada.

Game of Throne novels pun ada.

Untuk bahagian kanak-kanak, kepelbagaian buku sangat banyak. Daripada buku kulit tebal, soft cloth book, puzzle, simple toys, etc. Memang menarik. Rambang mata tengok buku-buku yang ada kat sini.

Ada banyak sangat la buku kat sini. Kena pergi sendiri tengok untuk percaya.

My feeling everytime I go to any book shop remain the same. Serene, calm, etc. Feeling ‘I am finally home’camtuh la. Semalam masa dok baca synopsis buku-buku yang den macam berkenan, kedai tuh pasang lagu instrumental Beauty and The Beast. Terbuai perasaan melayan lagu tuh sambil membaca buku. My kind of how to spend my spare time.

Sebenarnya den kena spend at least 2 hours kat kedai buku macam nih. Lebih dari 2 jam pun den okay je sebab banyak kot buku yang nak dibelek. Serious tak terasa masa berlalu kalau dah asyik membelek buku sambil dengar lagu-lagu yang best. Tapi disebabkan buong bagi masa 1 jam je, den pasrah je la.

Den suka datang sini sebab persekitarannya cozy sangat dan tak ramai orang selalunya. Kalau kita nak bagi hadiah atau souvenir bertemakan buku, kat sini in sya Allah boleh jumpa buku yang sesuai dengan harga yang berpatutan.

Kepada sesiapa yang tak berkesempatan nak datang ke kedai nih, boleh je beli buku secara online cumanya perasaan adalah tidak begitu wow kalau nak dibandingkan dengan datang sendiri ke kedai dan bau buku ehhhehehehe (ni untuk den la).

Untuk tempahan buku secara online, boleh melawat ke laman Book Excess di http://www.bookxcessonline.com/

0 Comments