Rantau Eco Park

Check out je dari Kesang Laut Hotel tuh, kitaorang saja je la menyinggah ke sini sebab nak bagi budak-budak mandi kolam.

Kawasan nih macam dah terbiar dan kurang penyelenggaraan. Masa awal dibuat dulu ada mini zoo bagai.

Sekarang yang nampak hidup adalah kolam renang yang besaq tuh. Chalet masih beroperasi tapi persekitarannya macam kurang terbela. Ada garaj yang diletakkan basikal-basikal yang boleh disewa untuk meronda kat kawasan yang agak besaq nih.

Tiket masuk ke kolam renang kat sini adalah RM5 sorang tak kisah la dewasa ke kanak-kanak ke.

Kolam renang dia memang besaq. Puas hati la mandi. Cumanya ia adalah kolam renang semata. Takde gelongsor ke ape ke ala-ala taman tema mini. Hanya kolam renang tuh.
Commando in the making katanya

Di kawasan kolam renang tuh ada gerai jual burger, buah potong, cekodok, nuggets, jajan, air, etc. Kedai tuh jugak jual baju renang, tuala, pelampung, etc yang berasosiasi dengan tema mandi kolam.

Di sekeliling kawasan kolam tuh disediakan beberapa kerusi & meja untuk kita letak barang, rehat dan makan minum.

Toiletnya pun bersih.

Memang ramai orang mandi kat sini masa kitaorang pergi tuh sebab coti umum gamaknya.

Tapi rasanya kali pertama & terakhir la kot kitaorang mai sini sebab lepas balik dari sini, seluruh badan si bengkak-bengkak, maybe due to allergic kat ayaq kolam tuh kot.

But still sapa yang cari kolam renang besaq dengan rege tiket masuk yang murah bley la mai sini.

No comments:

Powered by Blogger.