Yeay…..

Info dalam paper d star pada 27 Julai lepas mengatakan cik abe Bruno Mars akan mengadakan konsert 24K Magic di Arena Axiata, Kompleks Sukan Kebangsaan Bukit Jalil pada 9 May 2018.

Sebenaqnya den tak terperasan pun info nih.

Alih-alih masa dok melepak malam sabtu lepas (28 Julai) dok busy nak cari info pasai anak-anak Michael Jackson (den & buong memang lagho like that), ternampak petikan info nih kat google tuh.

Langsung la den teruja melompat kan.

Buong plak tiba-tiba je ijinkan den pegi eventhough den tak cakap apa-apa pun (den plan nak tengok dulu den dapat tak beli tiket tuh. Kalo dapat beli tiket tuh, lepas tuh baru mintak ijin….hahahhhhaaha….keji tak plan).

Ikutkan laporan dalam d star tuh, tiket akan dijual pada 14 Ogos nih bermula pukul 10 am through 2 website iaitu www.prworldwidelive.com dan www.myticket.asia. Rege tiket bermula daripada RM 398 (den kena korek tabung RM1 den nih tengok cukup tak duit nak beli tiket dia nih).

Den memang nak sangat tengok konsert dia nih.

Nanti den cuba berusaha untuk beli tiket tuh. Kalo ada rejki den untuk tengok dia live, ada la. Kalo tiket tuh sold out, takpe la, keciwa skit je.

Nanti den update yek den dapat tak beli tiket ke konsert Bruno Mars tuh.

p/s den dok hasut member den untuk teman den pergi tengok konsert Bruno Mars nih. Kalo dia tak nak pegi, kalo den dapat beli tiket tuh, den blasah je la pergi sorang-sorang hehehehehehe.

0 Comments