Bali Day 4

Berchenta benor plak rasanya nak menyiapkan entries pasai Bali nih. Macam dah rasa malas nak ceite apa-apa pun iya jugak. Tapi kalo tak dicoretkan nanti tak ingat plak lagi-lagi bila hang ada Dory memory nih.

Hari keempat di Bali nih merupakan hari yang paling adventure bagi den sebab semua tempat kitaorang pergi naik skuter/motor.

Mula-mula breakfast di Warung Sambal Mak Beng di Sanur.

Lepas tuh pi Nusa Dua nak tengok Water Blow.

Dari Sanur nak ke Nusa Dua tuh agak jauh jugak ye. Siap kena masuk highway…bayaq tol (motor pun kena bayaq tol kat sini). Siap tersesat sekupang dua (biasa la kalo den co-pilotnya). Siap kena pakai baju hujan sebab hujan agak bley tahan lebatnya. Rasanya dalam 1 jam jugak nak menyampai ke Nusa Dua tuh.

Tempat ketiga kitaorang pergi adalah Pantai Pandawa. Ingatkan nak melepak sekejap je tapi terlepak kat sini sampai 2 jam sebab best.

Then kitaorang pergi Pura Uluwatu (kuil dekat cliff/jurang). Dari Pantai Pandawa tuh, dalam 45 minit jugak nak menyampai kat sini, ikut jalan yang tepi pantai dan belukar yang kalo takde minyak atau tayar pancit memang matik la. Tapi best naik motor camnih sebab angin nyaman sangat bila kena kat muka.
Tempat kelima kitaorang merayau adalah di Pantai Suluban. Walopun nak menyampai kat pantai tuh agak ngeri skit sebab kena turun tangga yang agak curam tapi memang berbaloi sebab pantai dia chantek sangat. Sempat lepak minum kat café yang ada kat sini.

Last place kitaorang singgah sebelum balik hotel dan tido pengsan adalah Restoran Kampoeng Kepiting dekat Kuta. Restoran dalam hutan bakau. Perlu mai sini untuk dinner ye. Superb food and view.

Lepas tuh balik hotel tertidoq pengsan.

No comments:

Powered by Blogger.